Tindakan Merotan Perlu di Kekalkan

Tindakan merotan murid perlu dikekalkan - Lee Lam Thye

email
comments
Tindakan merotan murid perlu dikekalkan - Lee Lam Thye
LEE: Sebelum hak merotan diberikan kepada guru, murid perlu diberikan kaunseling dan dimaklumkan kepada ibu bapa. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Tindakan merotan murid perlu dikekalkan dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak yang akan digubal Julai depan bagi tujuan mendisiplinkan mereka.


Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata merotan itu perlu sebagai alternatif terakhir.



Lee berkata sebelum hak merotan diberikan kepada guru, murid perlu diberikan kaunseling dan dimaklumkan kepada ibu bapa terlebih dahulu.



Kaedah terakhir itu hanya akan digunakan di peringkat sekolah bagi memberi mesej kepada murid supaya tidak mengulangi kesalahan. 



“Sebelum rotan itu digunakan, murid berkenaan harus diberitahu apa sebab dia dirotan.Dia mesti diberitahu dan tujuan merotan itu bukanlah bermaksud mencederakan dia,” kata Lee.



Lee berharap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat mengkaji semula rang undang-undang itu dengan mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa dan guru.



Sebelum ini, larangan merotan kanak-kanak di sekolah telah dikeluarkan terutama yang melibatkan hukuman merotan di khalayak ramai.



Merotan kanak-kanak menjadi isu hangat apabila kementerian membuat kenyataan akan menjadikan tindakan merotan sebagai satu kesalahan jenayah.

Isu- Isu Pendidikan DI Malaysia




Nota EDU 3093

::Perkongsian ini dipanjang-panjangkan::

Soalan Tugasan EDU 3093


Tugasan Projek :

Tugasan 1
Penghasilan Produk (70%)

Memang tidak dapat dinafikan penggunaanlaman web sosial seperti facebooktwitterhi-5,dan lain-lain semakin meluas di seluruh dunia termasuk juga Malaysia. Laman web sosial digunakan ramai untuk pelbagai tujuan  seperti berhubung dengan rakan, mencari kawan lama, mencari kawan baru, memasarkan barangan, melebarkan rangkaian kenalan dan lain-lain lagi.

Tidak hairanlah jika ditanya, pasti ramai baik yang bergelar pelajar, pekerja serta surirumah mengakui 'melekat' di komputer malayari laman web berkaitan saban hari. Lebih parah lagi jika mereka ketagih permainan komputer secara online di laman tersebut.

Berita Minggu (Ahad, 19 September 2010)

Berdasarkan kenyataan di atas, hasilkan laman sosial dalam bentuk blog, facebook atau web berasaskan kursus EDU3093.  Sertakan ‘storyboard’ atau tatacara pembinaan laman sosial tersebut serta cara dan kaedah penggunaannya. 

Tugasan 2.
Penulisan (30%)
Emosi boleh ditakrifkan sebagai perasaan yang kuat yang kita arahkan kepada seseorang atau sesuatu. Terdapat enam jenis emosi yang selalu kita hadapi dan kita arahkan pada orang dan benda iaitu kemarahan, ketakutan, kesedihan, kegembiraan, meluat dan terkejut.
Bolehkah kita tidak beremosi? Jawapannya ialah tidak, kerana apabila kita berada dalam keadaan emosi yang baik maka segala urusan yang kita buat akan menjadi baik dan lancar. Kita akan bekerja lebih produktif. Emosi juga membolehkan kita memahami emosi orang lain. Emosi yang dipamerkan juga dapat menilai kematangan setiap orang.

Hasilkan peta pemikiran i-Think  berkaitan punca-punca stress dan pengurusan emosi guru. Seterusnya sertakan refleksi terhadap dapatan anda tentang punca stress dan pengurusan stress dalam kalangan guru.

PanduanPelaksanaanProjek :

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.

2.  Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :

     2.1.  Mukadepan hendaklah mengikut templat terkini.
     2.2.  Bentuk tulisan font arial-saiz 11
     2.3.  Langkau 1.5 baris (one and half spacing)
     2.4.  Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

3.  Panjang tugasan adalah antara 2500 hingga 3000 perkataan dan tidak melebihi 15
     mukasurat.

4.  Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

5. Tugasan individu dan kumpulan hendaklah dihantar secara berasingan

5.  Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

6.  Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 70%.


Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut :

1.  Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2.  Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
     dikemukakan.

3.  Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan
     ilmiah.

4.  Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

5.  Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras
     bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.

6.  Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi
     kehendak tugasan ( sekurang-kurangnya sumber 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal,
     2 bahan bercetak yang lain).



PUNCA STRESS DI KALANGAN PELAJAR

ANAK-anak hari ini berhadapan dengan stres yang membawa kepada kemurungan, pemberontakan dan penyakit.
Remaja yang tertekan berasakan dirinya insan yang gagal lalu mengambil tindakan tidak belajar dan membuang masa bersama rakan-rakan. Remaja tertekan boleh terlibat dengan pelbagai masalah sosial.
Apakah yang mendorong kepada stres?

1. Masa belajar yang panjang. 
Anak-anak bangun untuk ke sekolah seawal jam 6 pagi dan pulang ke rumah jam 2 petang. Kemudian, ke kelas agama hingga jam 4 petang.
Sebelah malam perlu hadiri kelas tuisyen. Kekerapan kelas tuisyen ini pula bergantung kepada bilangan subjek yang diambil.
Ada anak terpaksa hadiri tiga hingga empat kali kelas tuisyen seminggu.
Dalam masa yang sama mereka perlu siapkan kerja sekolah. Jika kerja sekolah tidak siap bermakna mereka terpaksa berhadapan tindakan guru dan didenda. Ada ketikanya dimalukan. Disamping kerja sekolah, mereka juga mungkin diberikan kerja oleh guru tuisyen. Ulang kaji perlu dilakukan terutamanya apabila tahun ini mereka berhadapan dengan peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM.
Bayangkan apabila anak yang mengambil sembilan subjek diberikan kerja sekolah yang banyak oleh guru. Mereka tidak sempat menyiapkannya dan tiada masa urusan lain. Hinggakan, waktu cuti pun tidak dapat cuti. Waktu perayaan pun terpaksa bawa kerja sekolah. Hinggakan apabila balik kampung, beg sekolah pun terpaksa dibawa sama.
Semua ini menuntut masa belajar yang panjang. Masa mana agaknya mereka punya masa untuk diri mereka sendiri? Ada juga anak-anak seawal usia tujuh atau lapan tahun sudah dibebankan dengan semua ini sedangkan itulah masanya mereka mahu meneroka zaman kanak-kanak mereka.
Tiga puluh tahun dahulu, anak-anak seusia mereka punya masa yang banyak bergaul dan bermain lalu membina kemahiran sosial yang tinggi.
Hari ini, anak-anak banyak meluangkan masa membina kemahiran sosial melalui Internet dengan melayari laman sosial seperti facebook dan twitter.
Kemahiran sosial yang diperolehi melalui Internet tidak sama dengan berjumpa dan bergaul secara fizikal. Ini menimbulkan ketagihan laman sosial yang membawa kepada masalah baru.

2. Harapan yang tinggi daripada ibu bapa dan guru.
Hari ini ibu bapa dan guru berlumba-lumba mahukan anak-anak dan pelajar mendapat semua A dalam peperiksaan.
Ibu bapa yang berkemampuan melakukan apa sahaja dan sanggup mengeluarkan perbelanjaan tinggi bagi memastikan anak-anak mereka cemerlang. Bagi ramai ibu bapa malu jika anak mereka hanya mendapat 3A 2B dalam UPSR. Mereka mahukan 5A.
Kasihan melihat anak-anak yang dikerah dan dipaksa belajar bagi memenuhi hasrat dan cita-cita ibu bapa dan guru, bukan cita-citanya sendiri.
Ada beberapa sebab yang mendorong sikap obses semua ini.
keputusan anak apabila mereka tahu anak kita menduduki peperiksaan penting. Kegagalan anak dilihat sebagai kegagalan ibu bapa itu sendiri.
Kedua, syarat kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP) yang memberikan laluan kepada pelajar yang hanya mendapat semua A juga satu tekanan. Malah ada SBP yang langsung tidak memberikan borang permohonan kepada pelajar yang tidak mendapat semua A.
Berbeza 30 tahun dulu, pelajar yang mendapat 2A atau 3A dalam peperiksaan masih punya harapan memasuki SBP kerana turut mengambil kira faktor demografi dan latar belakang ekonomi keluarga.
Ketiga, guru-guru turut memberikan tekanan ke atas murid bagi mencapai sasaran sekolah dan memenuhi tanda aras yang diletakkan oleh jabatan pendidikan.
Sudah sampai masanya ibu bapa dan guru memikirkan pembangunan diri pelajar yang lebih seimbang. Mendapat semua A dalam peperiksaan bukan jaminan anak-anak ini boleh cemerlang dalam kehidupan.
Ramai yang menjawat jawatan sebagai ketua, menjadi pemimpin masyarakat dan mencipta kecemerlangan dalam kerjaya hari ini datangnya daripada golongan pelajar yang biasa sahaja ketika di sekolah.
Tetapi mereka memiliki EQ (Emotional Quotient) yang baik dan kemahiran sosial yang tinggi. EQ dan kemahiran sosial terbina sejak kecil melalui aktiviti, pergaulan, perhubungan, interaksi dan proses komunikasi.
Apabila anak-anak hanya tertumpu kepada kecemerlangan akademik semata-mata, mereka tiada peluang memantapkan EQ dan membina kemahiran sosial ini. Kesannya, mereka tidak pandai bergaul, lemah jiwa, cepat mengalah dan putus asa, rendah diri, tidak tahu memimpin, tidak pandai berkomunikasi dan tidak sensitif dengan perasaan orang lain. Estim diri mereka rendah.

3. Tekanan daripada rakan sebaya
Stres yang ketiga datangnya dari rakan sebaya. Ada ketikanya anak kita dipinggirkan hanya kerana berbeza pendapat atau tidak bersetuju dengan cara dan tingkah laku mereka.
Pelajar yang bersekolah di sekolah harian mungkin tidak begitu tertekan berbanding dengan pelajar SBP. Sebab di SBP, anak-anak jauh daripada keluarga maka rakan-rakanlah yang keluarga terdekat mereka. Hingga ada di antara anak-anak terpaksa mengikut telunjuk rakan meski pun tahu ia satu kesalahan kerana enggan dikatakan berbeza.
Sebab itulah anak-anak perlu dibekalkan dengan kemahiran bergaul dan
kebolehan mempengaruhi agar mereka dapat menyesuaikan diri secara positif dengan rakan-rakannya. Malah, ada beberapa kes ponteng sekolah yang berlaku kesan daripada tekanan rakan sebaya ini.
Ibu bapa dan guru perlu tingkatkan benteng diri pelajar dengan sentiasa menasihati dan mendorong mereka secara positif. Mencuri masa hanya lima minit, setiap kali sebelum memulakan kelas, bagi membuka minda dan mendorong pelajar boleh memberikan impak yang besar dalam hidup mereka.
Maklumkan kepada pelajar bagaimana menguruskan rakan-rakan yang negatif agar tidak memberikan tekanan kepada mereka.
Sediakan jalan mudah bagi menyampaikan aduan dan rahsiakan siapa si pengadu demi kebaikan mereka.
Ramai pelajar yang tidak berani tampil ke hadapan dan membuat sebarang aduan kerana mereka tidak percaya kepada pengawas dan guru serta tidak yakin akan ketelusan sistem yang sedia ada.
Sebab itulah ibu bapa dan sekolah perlu babitkan anak-anak secara aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan, pasukan beruniform dan berpersatuan.

Copy from:http://www.101.myetech9.com/2012/03/punca-stress-dalam-kalangan-pelajar.html

APAKAH INOVASI?


PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN
PENGENALAN

Pendidikan adalah satu sistem dinamik yang akan melalui perubahan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan aspirasi sesebuah negara.

Perubahan yang berlaku antaranya adalah untuk menyediakan modal insan yang sejajar dengan perkembangan dunia semasa dalam memastikan sesebuah negara tidak akan ketinggalan dalam aspek perkembangan dan pembangunan peringkat global. 

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita telah sedia maklum bahawa perubahan-perubahan yang berlaku memerlukan komitmen daripada semua pihak.

Sehubungan dengan itu, pelbagai strategi perlu disusun dan diatur dalam melaksanakan perubahan.



KEPENTINGAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

DEFINISI INOVASI
  •  Pembaharuan 
  • Perkembangan teknologi baru atau aplikasi sesuatu teknologi dalam kegunaan tertentu
  • Kebolehan untuk mencipta sesuatu kemahiran di dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan peluang untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat. 

    STRATEGI PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN


  • STRATEGI KEKUASAAN

    ·         Pihak atasan atau berkuasa menggunakan autoriti formal dan kawalan untuk memaksa kumpulannya berubah seperti yang dirancang.
    ·         Dalam melaksanakan strategi ini, agen perubahan boleh menggunakan sama ada suatu ganjaran pada perubahan yang positif atau hukuman dan pengukuhan negatif demi mencapai persetujuan terhadap rancangan perubahan

    STRATEGI PUJUKAN

    ·         Strategi yang memerlukan kemahiran interpersonal mantap yang perlu ada pada seorang ketua atau agen perubahan.
    ·         Memerlukan logik dan kebijaksanaan bagi meyakinkan kumpulan sasaran tentang kepentingan dan kebaikan perubahan yang dibawa dan yang perlu dilaksanakan.
    ·         Agen perubahan perlu memiliki ilmu dan mahir dalam perubahan yang hendak disampaikan serta kelebihan dalam mempengaruhi kumpulan sasaran sehingga perubahan yang dirancang dapat diterima oleh fikiran waras mereka. 

     STRATEGI PENDIDIKAN SEMULA

    ·         Strategi penggunaan maklumat baharu yang disediakan oleh agen perubahan dan menyerahkan maklumat tersebut kepada kumpulan sasaran untuk menentukan rancangan mereka sendiri.
    ·         Agen perubahan mendorong kumpulan untuk memikirkan semula serta melakukan refleksi merenung tindakan-tindakan yang telah diambil, sejauh mana tindakan tersebut menemukan kejayaan dan mengenal pasti kekurangan yang ada.

     STRATEGI MEMUDAH CARA

    ·         Kumpulan sasaran menentukan rancangan yang dipilih oleh mereka dan agen perubahan akan menghantar sumber-sumber yang diperlukan kepada kumpulan sasaran.
    ·         Antara sumber tersebut adalah barangan dan perkhidmatan teknikal.
    ·         Tindakan ini adalah untuk memastikan bahawa tiada sebarang halangan kepada kumpulan sasaran untuk meneruskan perubahan yang telah dirancan
    PENGURUSAN PENDIDIKANNDIDIKAN







    ADAPTASI PELBAGAI INOVASI DAN PERUBAHAN


    INOVASI DALAM LATIHAN PERGURUAN

    INOVASI DALAM PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
      

    INOVASI DALAM KURIKULUM TRANSFORMASI





    INOVASI DALAM SEKOLAH BERPRESTASI TINGG

Sistem Pendidikan Kebangsaan




kredit :http://kamicikgururasional.blogspot.com/