BAB1: KONSEP DAN ISU CABARAN

Sebelum melangkah jauh dalam mengupas satu persatu isu –isu semasa dalam bidang pendidikan ini, konsep isu dan cabaran pendidikan perlu diselusuri terlebih dahulu. Mengikut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Semasa pula pada ketika yang sama (Kamus Dewan, 2007). Pernyataan ini bermaksud terdapat perkara atau unsur yang mencabar kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amnya dan guru khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai misi KPM.

            Dalam merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang bermatlamat melahirkan modal insan yang cemerlang dengan minda kelas pertama, banyak isu-isu semasa pendidikan yang dihadapi oleh guru.  
            Era modenisasi dan globalisasi memberikan impak yang besar kepada golongan pelajar di sekolah sama ada di bandar atau luar bandar. Pengaruh media massa yang mengambil peranan guru dan ibu bapa dengan memaparkan budaya yang berbeza dengan masyarakat tempatan telah menyebabkan pelajar membentuk sistem nilai yang tersendiri dan nilai-nilai tradisi berasaskan budaya semakin terhakis kerana desakan luar kawalan media massa yang turut mempengaruhi sosio budaya pelajar. Oleh itu, pelajar merupakan golongan yang sering terdedah dengan pelbagai masalah sosial. Antara gejala  sosial di sekolah  yang sering kita dengar ialah gengsterisme, buli, vandalisme, merokok, berjudi, melepak dan  ponteng sekolah.  Masalah ini mencabar kewibawaan dan kredibiliti guru dalam menangani sikap dan tingkah laku pelajar yang negatif ini.

0 comments: